Rolex Explorer - Jam Tangan Swee Cheong
Rolex Explorer - Jam Tangan Swee Cheong

Rolex Explorer

Pengembaraan terhebat

Oyster Perpetual Explorer dan Oyster Perpetual Explorer II berevolusi daripada penglibatan Rolex yang mendalam dengan penjelajahan. Mereka pergi ke tempat yang jarang dijelajahi orang. Rolex dapat menguji jam tangan ini dalam kehidupan sebenar dengan melengkapi ekspedisi-ekspedisi kutub, pendakian dan penjelajahan gua selama bertahun-tahun. Beberapa penjelajah, pendaki gunung dan saintis yang paling berani di dunia telah membawa jam tangan ini ke tempat-tempat yang menguji kebolehpercayaan jam dalam keadaan yang paling sukar.

Jam tangan Explorer dan Explorer II yang mudah dibaca dan tahan lama direka untuk menemani insan yang melampaui sempadan pengetahuan manusia.

Sejak tahun 1930-an, Rolex mula melengkapi pelbagai ekspedisi dengan jam tangan Oyster Perpetual. Maklum balas yang diterima telah digunakan untuk membangunkan ciri yang dikenali sebagai kategori Profesional: jam tangan yang berfungsi sebagai alatan, seperti Explorer dan Explorer II. Jam tangan Rolex telah mengambil bahagian dalam beberapa pengembaraan terbesar manusia. Salah satu daripada pengembaraaan ini ialah ekspedisi ke Everest pada tahun 1953 yang diketuai oleh Sir John Hunt, iaitu apabila Sir Edmund Hillary dan Tenzing Norgay menjadi manusia pertama yang menakluki gunung tertinggi di dunia.

Rolex Explorer - Jam Tangan Swee Cheong

Direka bentuk untuk penjelajahan

Explorer, dilancarkan pada tahun 1953, dibezakan melalui reka bentuk ringkas serta dail hitam yang sangat mudah dibaca dengan penanda jam besar dan angka 3, 6 dan 9 yang tersendiri. Ia merupakan seutas jam tangan alatan yang dicipta untuk memberitahu masa dengan tepat dalam apa jua keadaan. Walaupun dalam kegelapan, dail jam mudah dibaca disebabkan paparan Chromalight jam ini. Kini, Explorer terdapat dalam saiz 36 mm – saiz model asal 1953 – serta dalam diameter 40 mm.

Explorer II diperkenalkan pada tahun 1971 dan sama seperti Explorer, mengabadikan hubungan istimewa yang Rolex nikmati bersama penjelajahan. Dengan adanya paparan 24 jam yang terdiri daripada jarum jam tambahan berwarna jingga dan bezel terukir, Explorer II membolehkan pemakai jam membezakan waktu siang dan malam dengan jelas – suatu pilihan praktikal di tempat-tempat yang sukar untuk membezakan siang dan malam, seperti di kutub pada masa tertentu dalam setahun, dan di dalam gua – atau untuk membaca waktu dalam zon waktu kedua.

Melawan ekstrem

Jam tangan dalam rangkaian Explorer terus berkembang untuk memenuhi keperluan para penjelajah, menjadi semakin kukuh dan boleh dipercayai. Explorer 36 boleh didapati dalam Oystersteel atau dalam versi Rolesor kuning (menggabungkan Oystersteel dan emas kuning), manakala Explorer 40 dan Explorer II diperbuat secara eksklusif daripada Oystersteel. Direka khas untuk Rolex, Oystersteel ialah aloi unik dengan sifat antikakisan yang cemerlang.

Rolex Explorer - Jam Tangan Swee Cheong

Ketiga-tiga model dipasang dengan rantai Oyster, rantai sambungan tiga keping yang terkenal dengan ciri kekukuhan. Bercirikan kancing keselamatan lipat Oysterlock yang direka bentuk dan dipatenkan Rolex, yang menghalang daripada terbuka tanpa sengaja, ia juga dilengkapi dengan sambungan pemanjangan keselesaan Easylink yang dibangunkan oleh Rolex, dan ini membolehkan pemakai mengubah kepanjangan rantai dengan mudah sehingga kira-kira 5 mm.

Explorer 26 dan Explorer 40 dilengkapi dengan kaliber 3230 manakala Explorer II bercirikan kaliber 3285. Kedua-duanya ialah mekanisme mekanikal automatik yang dibangunkan dan dihasilkan sepenuhnya oleh Rolex. Model-model ini menawarkan rizab kuasa selama kira-kira 70 jam.

Pensijilan Kronometer Superlatif - Jam Tangan Swee Cheong

Pensijilan Kronometer Superlatif

Seperti semua jam tangan Rolex, Explorer dan Explorer II dilindungi oleh pensijilan Kronometer Superlatif. Perakuan ini mengesahkan bahawa setiap jam tangan yang meninggalkan tapak Rolex telah berjaya menjalani satu siri ujian yang dilakukan dalam makmal Rolex, berdasarkan kriteria Rolex sendiri. Status Kronometer Superlatif dilambangkan oleh meterai hijau yang disertakan dengan setiap jam tangan Rolex dan berserta jaminan antarabangsa selama lima tahun.

Rolex Explorer Pilihan model

Teruskan Meneroka

Pin It on Pinterest