Kedai Runcit Rolex - Jam Tangan Swee Cheong
Kedai Runcit Rolex - Jam Tangan Swee Cheong

Temui Bilik Pameran Rolex kami| Swee Cheong Watch

Ruang paparan Rolex di butik ‘flagship’ Swee Cheong di AEON Mall menawarkan pengalaman beli-belah yang elegan dengan pelbagai jenis koleksi jam tangan Rolex di pusat membeli-belah terbesar di Kota Bharu ini. Dipamerkan dengan aksen panel kayu oak mewah, hiasan dalamannya melambangkan seri kemewahan yang bermandikan cahaya keemasan bagi mengimbangi karya-karya jam tangan ikonik seperti Oyster Perpetual dan Lady-Datejust yang diolah secara terperinci hasil ciptaan pembuat jam dari Switzerland ini. Rasai keramahan kakitangan kami yang berpengalaman untuk membimbing anda dengan sentuhan peribadi Rolex, sambil memadankan jam tangan istimewa yang bertahan sepanjang hayat.

Peruncit rasmi Rolex

Dengan Rolex sebagai rakan kongsi utama selama lebih dari setengah abad, Syarikat Jam Swee Cheong telah berjaya membentuk bidang horologi di Pantai Timur Malaysia. Sejak ditubuhkan pada tahun 1950-an, perniagaan keluarga ini terus berkembang sehingga menjadi salah satu peruncit jam tangan yang paling dikenali di Asia Tenggara.

Kedai Runcit Rolex - Jam Tangan Swee Cheong

Pilihan yang luas

Dipaparkan di ruang pameran yang bersadur kemewahan, koleksi jam tangan Rolex yang berprestij dan meluas di Syarikat Jam Swee Cheong adalah bukti seni pembuatan terperinci jam tangan dari Switzerland ini —dari hamparan rona ikonik Oyster Perpetual sehingga arloji Rolex 1908 yang diolah berkemasan gaya mélange. Para pelanggan dijemput untuk menyelami dunia Rolex yang diolah daripada berbagai aspek, termasuk keselesaan serta hiasan dalaman serba mewah di butik ‘flagship’, sementara penasihat jualan yang arif membantu menavigasi kombinasi gaya dan fungsi yang sempurna yang sesuai untuk semua pergelangan tangan.

official rolex retailer

Kepakaran yang tiada tandingannya

Rasai pengalaman membeli jam tangan Rolex melalui kembara penjagaan masa bersama Syarikat Jam Swee Cheong. Berbekalkan pengetahuan serta kepakaran selama beberapa dekad, kami berkemahiran untuk menceritakan perincian teknikal serta seni pembuatan setiap jam tangan yang ditawarkan di butik kami.

Kedai Runcit Rolex - Jam Tangan Swee Cheong

Pengalaman lancar

Dari butik ‘flagship’ Rolex kami di AEON Mall mahupun di kediaman sendiri, terokai koleksi Rolex di butik atau menerusi dalam talian. Selami inovasi pembuatan jam tangan terkini melalui katalog digital Syarikat Jam Swee Cheong dan atur janji temu bersertakan dengan butiran peribadi mengikut mod komunikasi pilihan anda. Wakil jualan kami akan menghubungi anda secepat mungkin. Impian virtual anda bakal menjadi realiti.

Kedai Runcit Rolex - Jam Tangan Swee Cheong

Perbezaan Swee Cheong

Sehingga ke hari ini, kami di Syarikat Jam Swee Cheong sangat berbangga dengan kerjasama erat yang telah dibina selama lebih dari setengah abad bersama Rolex Ini melambangkan kepercayaan kami terhadap kualiti jam tangan Rolex. Kami menjemput anda untuk memulakan perjalanan Rolex anda bersama kami bagi merasakan sentuhan unik lagi peribadi yang dikendalikan oleh perniagaan keluarga yang terkenal dengan nilai integriti, keikhlasan, pengetahuan dan keghairahan.

Logo Rolex - Swee Cheong Watch

Teruskan Meneroka

Pin It on Pinterest