Sejarah Rolex dan Swee Cheong Watch
Pelopor jam tangan di Timur Laut Semenanjung sejak 1950-an. Rasai sentuhan peribadi hasil daripada legasi perusahaan keluarga yang diusahakan sejak setengah abad yang lalu. Terkenal dengan nilai integriti, keikhlasan, kepakaran serta kemahiran yang tinggi, Swee Cheong Watch telah membuka haluan horologi savoir faire yang mengagumkandi negeri Kelantan, Malaysia.
Permulaan yang sederhana
Diasaskan oleh pengusaha jam tangan Encik Lee Wang Keong sewaktu pemerintahan kolonial Inggeris pada tahun 1955, Syarikat Jam Swee Cheong membuka kedai jam independen pertamanya di Jalan Ismail yang terletak di pusat bandar Kota Bharu. Berasaskan pengalaman terdahulu dan pandangan jauh ke hadapan, Encik Lee berjaya mendapatkan sijil pengedar sah Rolex dan beliau mula memperkenalkan negeri Kelantan kepada jenama jam tangan Switzerland yang inovatif ini. Sejak itu, syarikat initerus berkembang secara progresif dari ruangan pameran jam tangan Rolex di butik di kompleks beli-belah KB Mall pada tahun 2004 sehingga berjaya membuka gerbang butik ‘flagship’ Rolex di AEON Mall Kota Bharu, Kelantan pada 2016. Hari ini, legasi Encik Lee diteruskan di bawah pimpinan anaknya Encik Lee Kum Chuan, yang mengikuti jejak langkah ayahnya sambil memacu syarikat ke tahap yang lebih tinggi pada masa hadapan.
Perkongsian yang dihormati masa
Selama beberapa dekad, Syarikat Jam Swee Cheong dan Rolex terus kekal menjalinkan hubungan yang erat, di mana kedua-duanya berpegang kepada komitmen untuk terus berinovasi. Oleh itu, Syarikat Jam Swee Cheong membuka butik berkonsepkan Rolex ‘shop-in-shop’ yang pertama pada tahun 2004 di KB Mall, dengan menawarkan kepada pelanggan pelbagai koleksi jam tangan Rolex dalam suasana yang serba elegan dan benar-benar menggambarkan dunia Rolex.
Hari ini, esok, dan seterusnya
Komitmen yang tinggi dalam menawarkan perkhidmatan serta pemerhatian cekap adalah kunci kejayaan kami yang berterusan” ialah cogan kata kami. Sebagai perniagaan keluarga, Encik Lee berpegang teguh bahawa kejujuran dan integriti mendorong kejayaan, diimbangi pula dengan komitmen yang tinggi terhadap kualiti perkhidmatan pelanggan untuk generasi yang akan datang.
Masa depan dengan Rolex
Di Syarikat Jam Swee Cheong, kami komited dalam misi kami untuk terus berinovatif di samping mengikuti perubahan dan peredaran masa Adalah menjadi keutamaan kami untuk pelanggan menikmati pengalaman yang tidak dapat dilupakan menerusi setiap langkah perjalanan membeli-belah mereka, baik secara maya mahupun datang ke butik kami. Pelaksanaan yang tangkas adalah penting untuk kami, tanpa mengabaikan nilai-nilai teras. Kami sentiasa memantau pertanyaan digital bagi memastikan pelanggan menerima maklum balas dengan segera mengenai koleksi jam tangan Rolex yang tersedia di butik. Secara tidak langsung, ini dapat membantu anda membuat pilihan yang bakal bertahan sepanjang hayat.