Rolex Day-Date 40 40 mm, emas Kuning, Dail Indung Mutiara M228238-0071

RM201,200.00

p
* Semua harga adalah harga runcit yang dicadangkan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.
Rolex M228238-0071 - Jam Tangan Swee Cheong

Rujukan

228238

Kes model

Oyster, 40 mm, emas kuning

Tahan air

Kalis air sehingga 100 meter / 330 kaki

Bezel

Berjelajur

Dail

Indung mutiara putih dipasangkan dengan berlian

Gelang tangan

President, penghubung keping tiga separuh bulat

Pergerakan

Perpetual, mekanikal, automatik

Berkaliber

3255, Buatan Rolex

Rizab kuasa

Lebih kurang 70 jam

Pensijilan

Superlatif kronometer (COSC + Pensijilan Rolex selepas dibuka)
Rolex M228238-0071 Belakang - Jam Tangan Swee Cheong

Dail Indung Mutiara

Permukaan ini mempunyai 10 berlian potongan baguette. Sifat sebuah indung mutiara penuh dengan misteri dan kejutan. Bergantung kepada asalnya, ia boleh menjadi merah jambu, putih, hitam atau kuning. Ia mempunyai perbezaan dari segi warna, intensiti dan struktur mengikut bahagian cangkerang dimana ia diekstrak. Di Rolex, indung mutiara tidak mempunyai warna tiruan. Sebaliknya, pengetahuan dan kemahiran yang tertentu akan ditujukan khusus untuk menonjolkan keindahan semulajadi dan memelihara warna asalnya. Semua dail indung Mutiara adalah unik, sebuah dail yang serupa tidak akan menghiasi di pergelangan tangan yang lain.
Rolex Dail Indung Mutiara - Jam Tangan Swee Cheong

Bezel Berjejalur

Bezel berjelajur Rolex adalah satu tanda perbezaan. Pada mulanya, Oyster jelajur bezel mempunyai tujuan tertentu. Ia membantu bezel untuk mudah diskrukan pada penutup untuk memastikan jam tangan itu kalis air. Ianya kemudian dikenali sebagai jelajur penutup belakang yang juga diskrukan pada penutup untuk tujuan kalis air dengan menggunakan alat - alat spesifik Rolex. Dari masa ke masa, jelajur itu menjadi elemen estetika, satu ciri asli yang menjadi tanda pengenalan bagi Rolex. Kini, bezel berjejalur ialah satu tanda kelainan, dalam emas pada Day-Date 40 ini.
Rolex Bezel Berjejalur - Jam Tangan Swee Cheong

Emas kuning 18 karat

Dengan mengendalikan faundri eksklusif milik sendiri, Rolex mempunyai keupayaan yang tiada tandingan untuk menghasilkan aloi emas 18 karat yang berkualiti tinggi. Mengikut bahagian yang terdapat pada perak, tembaga, platinum atau paladium tambahan, beberapa jenis emas 18 karat boleh dihasilkan: kuning, merah jambu atau putih. Mereka diperbuat hanya daripada logam yang paling tulen dan diperiksa dengan teliti di makmal dalaman dengan menggunakan kelengkapan yang paling canggih. Komitmen Rolex terhadap kecemerlangan bermula dari sumbernya.
Rolex Emas kuning 18 karat - Jam Tangan Swee Cheong
Rolex Crown - Jam Tangan Swee Cheong

Ketersediaan model

Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi daripada kapasiti ini.

Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas menguruskan pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.

Swee Cheong Watch berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian peruncit rasmi Rolex di seluruh dunia dan boleh memberikan maklumat tentang ketersediaan jam tangan Rolex.

Rolex M228238-0071 Dihadiahkan dengan Kotak - Jam Tangan Swee Cheong

Hubungi kami

Jam Tangan Pelanggan Kembali - Jam Tangan Swee Cheong
Rolex Day-Date Sepanduk - Jam Tangan Swee Cheong
Rolex Day-Date

Pencapaian idaman

Teruskan Meneroka

Pin It on Pinterest